Wednesday 21 September 2011

BANNER SJK ( C ) KAHANG

PERATURAN KHUSUS PERPUSTAKAAN

PERATURAN KHUSUS PERPUSTAKAAN

Penggunaan Perpustakaan terbuka kepada murid-murid, guru-guru dan warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang.

KAD AHLI PERPUSTAKAAN

  1. Kad ahli adalah dengan menggunakan kad master, ia boleh didapati daripada guru perpustakaan.
  2. Setiap kad adalah bernilai RM 7.00.
  3. Setiap murid hanya boleh mempunyai satu kad master sahaja dan kad ini tidak boleh dipindah milik kepada murid lain.

JENIS PINJAMAN

  1. Setiap pinjaman adalah untuk satu minggu bagi pinjaman biasa.
  2. Semua pinjaman adalah dibuat melalui sistem pengotomasi.

MASA PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU

  • Setiap hari prasekolah dari pukul 7:00 a.m hingga 7:30 a.m mengikut masa yang ditetapkan mengikut kelas masing-masing.
  • Setiap hari persekolah dari pukul 10:00 a.m hingga 10:20 a.m.

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Tindakan Tatatertib

  1. Semua pulangan buku yang lewat akan dikenakan denda RM 0.10 setiap hari yang terlewat.
  2. Peminjam yang menghilangkan buku dikenakan denda menggantikan dengan harga yang lebih banyak dari buku asal tersebut.
  3. Tindakan tataterbit dan denda akan dikenakan kepada murid-murid yang mengingkari segala peraturan yang telah ditetapkan.

PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN

  1. Segala pinjaman dan pemulangan adalah dengan menggunakan sistem computer.
  2. Tempoh pinjaman buku bagi murid adalah tidak melebihi seminggu. Manakala bagi guru dan kakitangan sekolah adalah tidak melebihi 2 minggu.
  3. Setiap kali pinjaman murid hanya boleh meminjam 3 buah buku. Pengawas Perpustakaan adalah sebanyak 5 buah dan guru pula adalah 7 buah buku.
  4. Masa peminjaman adalah mengikuti masa yang ditetapkan oleh perpustakaan dan bila masa terdapat pengawas perpustakaan atau guru perustakaan.

PERATURAN AM PERPUSTAKAAN

PERATURAN AM PERPUSTAKAAN

  1. Segala maklumat Perpustaakaan dipaparkan di papan kenyataan.
  2. Bilik ini menyediakan pelbagai bahan buku seperti fiksyen, kamus, akhbar, majalah dan sebagainya.
  3. Memberikan perkhidmatan pinjaman buku-buku kepada guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah.
  4. Mengamalkan Sistem Pengkelasan Dewey.
  5. Nombor Perolehan bermula dari 0001 dan kod rahsia muka surat 9 bagi buku yang kurang daripada 100 muku surat dan muka surat 99 bagi buku yang melebihi dari 200 muka surat.
  6. Perkhidmatan rujukan bagi Guru-guru dan Murid-murid.
  7. Sudut bercerita.
  8. Bersedia juga untuk kegunaan mesyuarat.
  9. Bilik ini dilengkapi dengan komputer , meja, rak buku, rak majalah, rak akhbar, kerusi dan lain-lain.
  10. Menggunakan pengotomasian komputer untuk membuat pinjaman.

PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN 3

PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN 3

( Tahun 2011 )

1. Fokus Strategi : Pusat Sumber ( Perpustakaan)

2. Plan Tindakan : 2.1 Membuat Buku Skrap

3. Matlamat : 3.1 Memilih pelajar mencari, mengumpul dan mengasingkan maklumat mengikut bahagian atau kumpulan masing-masing.

4. Objektif : 4.1 Menanam minat membaca di kalangan pelajar.

4.2 Mencungkil bakat pelajar dalam usaha menghasilkan hasil kerja yang kreatif dan inovatif.

5. Pelaksanaan : Para guru yang mengajar pelajar Tahap 2.

6. Sasaran : Pelajar Tahap 2.

7. Jangka masa : Sepanjang tahun.

8. Sumber Kos : Peruntukan sekolah

9. Aktiviti perlaksanaan : 9.1 Mengadakan mesyuarat dan membahagikan tugasan. Mencari dan mengumpulkan maklumat yang dikehendaki pada setiap hari.

10. Aktiviti Program : 10.1 Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang murid dan 1 orang guru pembimbing.

11. Penilaian : Pertandingan membuat buku skrap diadakan secara terbuka. Lima buah buku skrap yang terbaik akan dipilih untuk mewaklili pihak sekolah bagi menyertai peraduan keratin akhbar Johor.

PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN 2

PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN 2

( Tahun 2011 )

1. Fokus Strategi : Pusat Sumber ( Perpustakaan)

2. Plan Tindakan : 2.1 Pertandingan mencari maklumat

3. Matlamat : 3.1 Menggalakkan para pelajar mencari maklumat sendiri dan membuat rujukan tanpa arahan guru. Dengan itu dapat menguasai kemahiran mencari maklumat dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah.

4. Objektif : 4.1 Menggalakkan para pelajar mengambil berat terhadap isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Dengan itu ia dapat memperluaskan ilmu pengetahuan am pelajar.

4.2 Membentuk pemikiran yang positif iaitu menjadikan pembelajaran seumur hidup dan bukan hanya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam penilaian.

5. Pelaksanaan : Guru Perpustakaan

6. Sasaran : Semua murid

7. Jangka masa : Sepanjang tahun

8. Sumber Kos : Peruntukan Pusat Sumber

9. Aktiviti perlaksanaan : 9.1 Mengadakan mesyuarat, perbincangan dan membahagikan tugasan.

9.2 Mencari isu-isu yang hangat dari akhbar, membentuk soalan dan menyediakan jawapan.

10. Aktiviti Program : 10.1 Setiap hari, guru membaca, memilih dan menyediakan soalan yang sesuai mengikut tahap pelajar. Jawapan pelajar dimasukkan ke dalam peti surat. ( Jawapan dituliskan di dalam sehelai kertas. )

11. Penilaian : Pelajar yang menjawab betul soalan dengan paling banyak akan diberikan hadiah.