Wednesday, 21 September 2011

PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN 1

PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN 1

( Tahun 2011 )

1. Fokus Strategi : Pusat Sumber ( Perpustakaan)

2. Plan Tindakan : 2.1 Menceriakan Perpustakaan

3. Matlamat : 3.1 Mewujudkan satu suasana yang ceria, selesa, seronok dan dapat merangsang motivasi pelajar membaca dan menghayati keseronokan membaca dalam kehidupan seharian mereka.

4. Objektif : 4.1 Meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar.

4.2 Mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan bacaan dan menjadikan buku sebagai rakan setia mereka.

5. Pelaksanaan : Guru Perpustakaan dan semua pustakawan.

6. Sasaran : Semua murid

7. Jangka masa : Bulan Januari

8. Sumber Kos : Peruntukan sekolah

9. Aktiviti perlaksanaan : 9.1 Mengadakan mesyuarat membentuk jawatankuasa kecil. Berbincang dan membahagikan tugasan.

10. Aktiviti Program : 10.1 Melukis dan mengecat gambar yang sesuai pada dinding.

10.2 Menampal poster dan kartun yang sesuai pada dinding. Cogan kata juga dilekatkan pada dinding dengan tujuan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.

11. Penilaian : Berdasarkan kepada hasil kerja yang siap serta keberkesanan atau peranan yang dimainkan oleh sudut bercerita dan perpustakaan.

FUNGSI PERPUSTAKAAN

FUNGSI PERPUSTAKAAN

  1. Sebagai Bilik Mesyuarat.
  2. Sebagai bilik Jamuan Khas.
  3. Tempat memberi maklumat dan bahan rujukan.
  4. Bilik pameran hasil kerja murid. Ini termasuklah kraftangan, karangan dan buku skrap.
  5. Bilik untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti bercerita dan lakonan.
  6. Bilik untuk pelbagai jenis pertandingan seperti ejaan, membuat ayat dan menulis karangan.
  7. Perpustakaan merupakan sebuah gedung ilmu. Ia sentiasa mendedahkan pelajar-pelajar kepada pelbagai ilmu pengetahuan dan isu-isu semasa serta mengetahui segala program dan projek baru yang dilancarkan oleh kerajaan dan badan-badan swasta dari semasa ke semasa.
  8. Memupuk minat membaca di sanubari setiap insan sejak kecil-kecil lagi, bah kata pepatah “melentur buluh biarlah dari waktu rebungnya”.

FUNGSI PUSAT SUMBER

FUNGSI PUSAT SUMBER

1. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.

2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.

3. Merupakan tempat bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

4. Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang perlu.

5. Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

6. Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran pembelajaran kendiri.

7. Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.

8. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

9. Membuat perancangan supaya koleksi bahan atau alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang Pendidikan dan teknologi.

10. Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.

PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER

PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER

Kami anggota Pusat Sumber Sekolah Kahang dengan sepenuh tekad dan iltizam berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami bagi memberikan produk yang bermutu dan perkhidmatan yang professional kepada pelanggan kami.

Ke arah ini, kami mengiktirafkan hak pelanggan kami untuk :

· Mendapat program Pendidikan dalam pelbagai media yang berkualiti tinggi ;

· Mendapat maklumat Pendidikan yang terkini melalui siaran Radio Pendidikan dan TV Pendidikan ; dan

· Mendapat perkhidmatan yang cepat dan bermutu tinggi dalam bidang media, teknologi, sumber dan teknikal.

MISI

MISI

PUSAT SUMBER

SJK ( C ) KAHANG BATU 22 KLUANG JOHOR.

MEMUPUK DAN MELAHIRKAN PELAJAR YANG

BERILMU PENGETAHUAN TINGGI,

BERAKHLAK MULIA,

MENCINTAI ILMU DAN

MENGAMALKAN TABIAT MEMBACA

SEUMUR HIDUP