Thursday, 2 February 2012
Thursday, 29 September 2011
Wednesday, 21 September 2011
PERATURAN KHUSUS PERPUSTAKAAN
PERATURAN KHUSUS PERPUSTAKAAN
Penggunaan Perpustakaan terbuka kepada murid-murid, guru-guru dan warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang.
KAD AHLI PERPUSTAKAAN
- Kad ahli adalah dengan menggunakan kad master, ia boleh didapati daripada guru perpustakaan.
- Setiap kad adalah bernilai RM 7.00.
- Setiap murid hanya boleh mempunyai satu kad master sahaja dan kad ini tidak boleh dipindah milik kepada murid lain.
JENIS PINJAMAN
- Setiap pinjaman adalah untuk satu minggu bagi pinjaman biasa.
- Semua pinjaman adalah dibuat melalui sistem pengotomasi.
MASA PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU
- Setiap hari prasekolah dari pukul 7:00 a.m hingga 7:30 a.m mengikut masa yang ditetapkan mengikut kelas masing-masing.
- Setiap hari persekolah dari pukul 10:00 a.m hingga 10:20 a.m.
PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
Tindakan Tatatertib
- Semua pulangan buku yang lewat akan dikenakan denda RM 0.10 setiap hari yang terlewat.
- Peminjam yang menghilangkan buku dikenakan denda menggantikan dengan harga yang lebih banyak dari buku asal tersebut.
- Tindakan tataterbit dan denda akan dikenakan kepada murid-murid yang mengingkari segala peraturan yang telah ditetapkan.
PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN
- Segala pinjaman dan pemulangan adalah dengan menggunakan sistem computer.
- Tempoh pinjaman buku bagi murid adalah tidak melebihi seminggu. Manakala bagi guru dan kakitangan sekolah adalah tidak melebihi 2 minggu.
- Setiap kali pinjaman murid hanya boleh meminjam 3 buah buku. Pengawas Perpustakaan adalah sebanyak 5 buah dan guru pula adalah 7 buah buku.
- Masa peminjaman adalah mengikuti masa yang ditetapkan oleh perpustakaan dan bila masa terdapat pengawas perpustakaan atau guru perustakaan.
PERATURAN AM PERPUSTAKAAN
PERATURAN AM PERPUSTAKAAN
- Segala maklumat Perpustaakaan dipaparkan di papan kenyataan.
- Bilik ini menyediakan pelbagai bahan buku seperti fiksyen, kamus, akhbar, majalah dan sebagainya.
- Memberikan perkhidmatan pinjaman buku-buku kepada guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah.
- Mengamalkan Sistem Pengkelasan Dewey.
- Nombor Perolehan bermula dari 0001 dan kod rahsia muka surat 9 bagi buku yang kurang daripada 100 muku surat dan muka surat 99 bagi buku yang melebihi dari 200 muka surat.
- Perkhidmatan rujukan bagi Guru-guru dan Murid-murid.
- Sudut bercerita.
- Bersedia juga untuk kegunaan mesyuarat.
- Bilik ini dilengkapi dengan komputer , meja, rak buku, rak majalah, rak akhbar, kerusi dan lain-lain.
- Menggunakan pengotomasian komputer untuk membuat pinjaman.
PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN 3
PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN 3
( Tahun 2011 )
1. Fokus Strategi : Pusat Sumber ( Perpustakaan)
2. Plan Tindakan : 2.1 Membuat Buku Skrap
3. Matlamat : 3.1 Memilih pelajar mencari, mengumpul dan mengasingkan maklumat mengikut bahagian atau kumpulan masing-masing.
4. Objektif : 4.1 Menanam minat membaca di kalangan pelajar.
4.2 Mencungkil bakat pelajar dalam usaha menghasilkan hasil kerja yang kreatif dan inovatif.
5. Pelaksanaan : Para guru yang mengajar pelajar Tahap 2.
6. Sasaran : Pelajar Tahap 2.
7. Jangka masa : Sepanjang tahun.
8. Sumber Kos : Peruntukan sekolah
9. Aktiviti perlaksanaan : 9.1 Mengadakan mesyuarat dan membahagikan tugasan. Mencari dan mengumpulkan maklumat yang dikehendaki pada setiap hari.
10. Aktiviti Program : 10.1 Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang murid dan 1 orang guru pembimbing.
11. Penilaian : Pertandingan membuat buku skrap diadakan secara terbuka. Lima buah buku skrap yang terbaik akan dipilih untuk mewaklili pihak sekolah bagi menyertai peraduan keratin akhbar Johor.