Wednesday 21 September 2011

FUNGSI PUSAT SUMBER

FUNGSI PUSAT SUMBER

1. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.

2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.

3. Merupakan tempat bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.

4. Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang perlu.

5. Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

6. Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran pembelajaran kendiri.

7. Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri.

8. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.

9. Membuat perancangan supaya koleksi bahan atau alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang Pendidikan dan teknologi.

10. Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.

No comments:

Post a Comment