Wednesday 21 September 2011

PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN 2

PROGRAM AKTIVITI TINDAKAN 2

( Tahun 2011 )

1. Fokus Strategi : Pusat Sumber ( Perpustakaan)

2. Plan Tindakan : 2.1 Pertandingan mencari maklumat

3. Matlamat : 3.1 Menggalakkan para pelajar mencari maklumat sendiri dan membuat rujukan tanpa arahan guru. Dengan itu dapat menguasai kemahiran mencari maklumat dalam usaha menyelesaikan sesuatu masalah.

4. Objektif : 4.1 Menggalakkan para pelajar mengambil berat terhadap isu-isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Dengan itu ia dapat memperluaskan ilmu pengetahuan am pelajar.

4.2 Membentuk pemikiran yang positif iaitu menjadikan pembelajaran seumur hidup dan bukan hanya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam penilaian.

5. Pelaksanaan : Guru Perpustakaan

6. Sasaran : Semua murid

7. Jangka masa : Sepanjang tahun

8. Sumber Kos : Peruntukan Pusat Sumber

9. Aktiviti perlaksanaan : 9.1 Mengadakan mesyuarat, perbincangan dan membahagikan tugasan.

9.2 Mencari isu-isu yang hangat dari akhbar, membentuk soalan dan menyediakan jawapan.

10. Aktiviti Program : 10.1 Setiap hari, guru membaca, memilih dan menyediakan soalan yang sesuai mengikut tahap pelajar. Jawapan pelajar dimasukkan ke dalam peti surat. ( Jawapan dituliskan di dalam sehelai kertas. )

11. Penilaian : Pelajar yang menjawab betul soalan dengan paling banyak akan diberikan hadiah.

No comments:

Post a Comment