Wednesday, 21 September 2011

SEJARAH RINGKAS MENGENALI BANGUNAN PUSAT SUMBER

SEJARAH RINGKAS MENGENALI BANGUNAN PUSAT SUMBER

Bangunan perpustakaan telah dibina dan digunakan secara rasmi pada awal 1994. Sebelum itu, para pelajar sekolah ini tidak mempunyai bilik bacaan khas ( Perpustakaan ). Setiap kelas hanya dibekalkan bilangan buku berdasarkan jumlah murid yang ada di dalam kelas. Setiap minggu, ada satu hari yang dikhaskan kepada pada pelajar yang sedarjah, bertukar-tukar buku atau bahan bacaan sesama mereka. Cara peminjaman sedemikian ada banyak kekurangannya. Jumlah dan jenis bahan bacaan yang didedahkan kepada para pelajar adalah amat terhad. Kelemahannya yang lain ialah selaku kecurian dan kehilangan buku.

Sejak awal tahun 1994, bangunan Perpustakaan yang baru ini telah terbuka kepada semua guru, kakitangan sekolah dan para pelajar sekolah ini. Semua buku cerita yang terdapat dalam bilik darjah telah dipindah dan ditempatkan di Pusat Sumber yang baru. Semua buku yang lama diproses semula agar sistem peminjaman buku yang lebih teratur dan berkesan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Pada tahun 1997, bilik Alat Pandang Dengar ( APD ) telah bergabung bersama dengan bilik perpustakaan sementara bilik Alat Bantu Mengajar masih berasingan kerana kekurangan ruang.

Hingga ke hari ini iaitu tahun 2003, perpustakaan akan menggunakan pengotomasian untuk mempertingkatkan keberkesanan fungsi perpustakaan. Aktiviti keceriaan dan menokoh tambah segala kelengkapan yang belum mencukupi akan diteruskan supaya perpustakaan dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment