Wednesday 21 September 2011

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Perkembangan Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) mempunyai sejarah yang amat menarik. Kalau perhatikan sekitar tahun-tahun selepas kemerdekaan dan tahun-tahun 60-an, kita bersua dengan apa yang disebut “Ktutub-khanah”. Tahun-tahun 70-an menampakkan perkembangan yang agak menggalakkan. Mulai tahun 1972, semua sekolah yang baru dibina telah diperuntukan ruang atau bilik perpustakaan dalam pembinaan tersebut.

Mulai tahun 1974, gran perkapita perpustakaan diberi kepada semua sekolah. Kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk guru-guru perpustakaan dilaksanakan di seluruh Negara. Selain pertambahan koleksi buku perpustakaan, di sekolah-sekolah juga mewujudkan bilik-bilik alat pandang dengar ( APD ) yang menempatkan bahan-bahan bukan buku seperti carta, gambar-gamabr, glob, peta, OHP, Projektor slaid, radio kaset dan TV. Perkhidmatan perpustakaan dan APD menjadi penting dalam pelaksanaan sistem Pendidikan ketika itu.

Tahun-tahun awal 80-an, konsep dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) mula dilaksanakan. Ini merupakan pengabungan perkhidmatan perpustakaan tradisional buku dengan perkhidmatan APD di bawah satu sistem pengurusan. Pelaksanaan KBSR menyemarakkan lagi perkhidmatan PSS dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Koleksi bahan cetak dan bahan elektronik semakin bertambah di PSS. Kursus-kursus dalam perkhidmatan tentang pengurusan PSS dan aplikasi penggunaan APD banyak dijalankan di setiap negeri. Peranan PSS dalam kegiatan berasaskan kurikulum dan kokurikulum menjadi semakin penting di kebanyakan sekolah. Walaupun ada juga masalah dari segi penyenggaraan alat dan pertambahan bahan, melalui inisiatif sekolah sendiri, melalui pelbagai cara, masalah itu dapat diselesaikan. Sudut membaca diwujudkan di merata tempat di sekolah untuk menggalakkan minat membaca di kalangan pelajar.

Tahun-tahun 1990-an adalah teknologi maklumat yang amat ketara. Penggunaan komputer dan sistem pengkomputeran yang meluas dalam pelbagai aspek pengurusan dan komunikasi telah menimbulkan impak yang besar dalam pelaksanaan kaedah-kaedah baru Pendidikan. Bagi sekolah-sekolah yang berkemampuan melalui CD-ROM dan perkhidmatan internet dan networking, PSS menjadi satu perkhidmatan yang amat penting dalam usaha meningkatkan kualiti Pendidikan serta ilmu, menanam asas Pendidikan sepanjang hayat dan memperkembangkan lagi potensi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Dalam alaf baru awal abad ke-21, pengajaran dan pembelajaran maya atau elektronik seperti bahan hypermedia / multimedia, homepage, laman web, bahan bantu komputer dan video interaktif . Menjadikan PSS adalah sebahagian daripada rangkaian maklumat sedunia ( global information network ) PSS sekolah ini menerima cabaran dan melengkapkan PSS ke arah akademik yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment